HAMPIR tersedak Diva yang sedang hirup kopi panas apabila seorang kenalan bergelar guru bergosip pasal dunia hiburan.
Maknanya, hal dunia hiburan ini bukan untuk orang yang suka berhibur sahaja bahkan semua pihak ambil tahu. Diva bangga juga bab-bab begitu.
Kadang-kadang sumber daripada orang yang bukan dari dunia hiburan lebih jujur dan tiada propaganda.
Bahan yang digosipkan oleh guru tadi ialah cerita perkahwinan seorang lelaki VVIP yang sangat dikenali dalam dunia hiburan tanah air.
Kisah lelaki itu memang selalu buat wartawan tersedak. Kali ini, sumber mengatakan VVIP itu sudah berkahwin dengan seorang kerabat diraja.
Kata sumber itu kepada Diva, perkara itu bukan desas-desus lagi sebaliknya datang daripada mulut orang yang dekat dengan institusi perundangan.
Takkanlah orang yang arif dengan undang-undang nak buat cerita fitnah, katanya.
Kalau dah kahwin baguslah. Lagipun, tak elok main cinta lama-lama.

Diva: Tertanya-tanya siapalah pengganti Ella untuk Konsert Wings Opera Hidup Superfriends? Adakah penyanyi berambut panjang yang suka libas rambut macam Ella atau penyanyi berambut pendek?