![]() |
GAYA pemanduan Heidfeld semalam memberi harapan kepada pasukan Lotus Renault untuk meraih mata pada GP Malaysia hari ini. |
PASUKAN Lotus Renault yang membawa imej Proton, sekali lagi mencipta kejutan dengan menduduki kelompok 10 petak hadapan setelah dua pemandunya, Nick Heidfeld dan Vitaly Petrov mencatat masa keenam dan kelapan terpan- tas pada sesi kelayakan ketiga (Q3) perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Sepang petang semalam.
Pemandu Finland, Heidfeld yang gagal pada pusingan kelaya- kan dan terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-18 pada GP Australia dua minggu lepas, mene- bus kekecewaannya itu di Sepang apabila mencatat masa 1 minit 36.124 saat untuk bermula di petak keenam hari ini.
Heidfeld yang mengalami demam ketika tiba di Malaysia, ketinggalan hampir dua saat di bela- kang pemenang petak utama, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull dan satu saat di belakang pemandu Ferrari, Fernando Alonso yang menempah petak kelima perlumbaan hari ini.
Begitupun, seorang lagi pemandu Ferrari, Felipe Massa mengekori rapat pada pusingan kelaya- kan semalam apabila hanya ketinggalan 0.1s di belakang pemandu Lotus Renault itu.
Sementara itu, Petrov pula yang memenangi tempat ketiga pada GP Australia, menduduki tempat kelapan di belakang Massa dengan perbezaan 0.1s.
Petrov bangkit daripada aksi hambar pada sesi latihan kelmarin yang mana jentera pasukan itu mengalami beberapa isu mekani- kal, sekali gus menyaksikan pemandu dari Rusia itu menduduki tempat ke-13 dalam sesi tersebut.
"Saya gembira kerana dapat memperbaiki persembahan pada pusingan kelayakan ini, Nick (Heidfeld) juga bagus kerana menduduki petak keenam.
"Selepas berlaku beberapa masalah di bahagian jentera semalam (kelmarin), saya dan jurutera berusaha keras bagi menyelesaikannya. Usaha kami itu nampaknya berjaya membuahkan hasil hari ini (semalam)," kata Petrov semalam.
Begitupun, Petrov tidak pasti sama ada dia dapat mengulangi prestasi ketika menaiki podium buat kali pertama dalam F1 di Melbourne dua minggu lalu.
"Saya tidak tahu sama ada mampu melakukannya sekali lagi atau tidak. Bagaimanapun, kami sedar tentang kemampuan sebenar kami berbanding pasukan Red Bull, McLaren dan Ferrari.
"Oleh itu saya juga kena realistik tentang peluang untuk menaiki podium sekali lagi. Untuk melaku- kannya kamu kena beraksi lebih baik daripada semua pemandu lain dan ia sudah pasti satu risiko yang besar.
"Apa yang membantu kejayaan kami di Melbourne adalah strategi yang baik dan tidak melakukan sebarang kesilapan . Mungkin sukar untuk mengulanginya esok tetapi saya akan cuba melakukannya," ujarnya lagi.