ARKIB : 21/04/2011
Rasuah musnahkan negara
SEMUA orang mengakui bahawa rasuah adalah kesalahan yang bertentangan dengan ajaran agama, moral dan undang-undang. Amalan rasuah terbukti meruntuhkan banyak negara dan memusnahkan banyak bangsa dan tamadun.
Kejatuhan Empayar Rom, Khilafah Uthmaniah, Dinasti Ming dan kerajaan Melayu Melaka dikaitkan dengan amalan rasuah di kalangan para pembesar negara, pihak tentera dan kakitangan kerajaan.
Rasuah secara umumnya adalah satu amalan di mana seseorang atau sesebuah syarikat mendapat keistimewaan dan keutamaan daripada pihak berkuasa dalam mendapatkan hak, kontrak pekerjaan dan jawatan melalui pemberian wang, hadiah, keraian atau perkhidmatan kepada pihak-pihak tersebut.
Dalam perspektif Islam pula, rasuah merupakan satu perbuatan dosa yang dimurkai Allah.
Menurut syarak, rasuah tergolong dalam perbuatan dosa besar, kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah.
Allah SWT berfirman
وَلا تَأكُلوا أَموٰلَكُم بَينَكُم بِالبـٰطِلِ وَتُدلوا بِها إِلَى الحُكّامِ لِتَأكُلوا فَريقًا مِن أَموٰلِ النّاسِ بِالإِثمِ وَأَنتُم تَعلَمونَ ﴿١٨٨﴾
yang bermaksud: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah (batil), dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (al-Baqarah: 188)
Firman Allah SWT
Firman Allah SWT
سَمّـٰعونَ لِلكَذِبِ أَكّـٰلونَ لِلسُّحتِ ۚ فَإِن جاءوكَ فَاحكُم بَينَهُم أَو أَعرِض عَنهُم ۖ وَإِن تُعرِض عَنهُم فَلَن يَضُرّوكَ شَيـًٔا ۖ وَإِن حَكَمتَ فَاحكُم بَينَهُم بِالقِسطِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ المُقسِطينَ ﴿٤٢﴾
yang bermaksud: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)…. (al-Maidah: 42)
Berdasarkan ayat-ayat al-Quran di atas bahawa Allah melarang umat-Nya memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah seperti amalan rasuah dan segala bentuk salah laku yang bersamaan dengannya seperti penipuan, penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan dan sebagainya.
Mereka yang terlibat dengan perbuatan rasuah itu selain daripada mendapat laknat Allah dan rasul-Nya, juga akan menjadi penghuni neraka jahanam di akhirat.
Ia sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar katanya: Bersabda Nabi SAW yang bermaksud: "Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka (riwayat ath-Tabrani).'
Laporan akhbar tempatan baru-baru ini mengenai tangkapan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin tidak mengejutkan banyak pihak.
Ini kerana sudah menjadi 'rahsia umum' bahawa agensi kerajaan seperti jabatan kastam, selain dari imigresen dan polis adalah antara 'lubuk' pelaku rasuah bagi membolehkan mereka mengelak dan melepasi peraturan dan undang-undang.
Ketiga-tiga jabatan tersebut adalah benteng negara. Di atas bahu anggota ketiga-tiga jabatan itulah rakyat dan pemimpin meletakkan amanah bagi menjaga kepentingan dan keselamatan negara.
Bayangkan apabila benteng negara dapat ditembusi dan boleh dibeli, maka negara kita berdepan dengan bahaya ancaman dari dalam dan luar.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur | ||||
| ||||
IKLAN@UTUSAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
![]() ![]() |
![]() ![]() | ||