Sertai komuniti myMetro
KUALA LUMPUR: Berang kerana permintaannya tidak dipenuhi, seorang lelaki bertindak nekad menetak bapa kandungnya berusia lewat 40-an menggunakan kapak sehingga menyebabkan mangsa parah dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Klang Gate Baru, di sini, Jumaat lalu.
Difahamkan, suspek berusia lewat 20-an itu pulang ke rumah dalam keadaan marah sebelum dilaporkan hilang kawalan selepas ahli keluarganya enggan memberikan wang kepadanya.
Dalam kejadian amuk kira-kira jam 11 pagi itu, adik lelaki suspek berusia 17 tahun yang cuba menenangkan abangnya itu turut cedera ketika bergelut untuk merampas senjata digunakannya.
Menurut sumber, semuanya bermula apabila suspek pulang ke rumah sebelum menjerit-jerit meminta wang.
“Pada mulanya ahli keluarga suspek hanya mendiamkan diri sebelum suspek mengambil kapak dari dalam stor di rumah dan mengugut untuk mencederakan bapa dan adik perempuannya berusia 20-an.
“Tersentak dengan itu, bapa suspek mendakwa tiada wang menyebabkan suspek bertindak memecahkan barangan dalam rumah berkenaan,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel Lain
- Peladang terima peluru hidup 21:11:02 PMKEMAMAN: Seorang pengusaha ladang kelapa sawit terperanjat besar apabila menerima satu sampul surat ...
- Nelayan asing pungut gamat ditahan19:32:05 PM
- Pendaki Malaysia tiba di kem hadapan18:56:53 PM
- Guru sekolah hilang 16:17:14 PM
- Individu keluar negara perlu lalui pemeriksaan ketat 15:51:45 PM
- Peniaga ke tali gantung 15:30:59 PM