Tuesday, April 26, 2011

Imam Besar Masjidil Haram bawa Wahabi ke Malaysia, syaki pegawai Jakim


7-day Archive: 

Bahasa

Imam Besar Masjidil Haram bawa Wahabi ke Malaysia, syaki pegawai Jakim

April 26, 2011
KUALA LUMPUR, 26 April — Seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia minggu lalu, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan.”
Zamihan Mat Zin, yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.
Kata beliau, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar “Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah” bertemakan “Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai.”
Seminar dua hari berakhir Ahad lalu diadakan di Hotel Royale Chulan di sini dan dihadiri tokoh agama dari dalam dan luar negara.
“Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.
“Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata . . . ada tangan . . . ada kaki . . . itu semua kita tidak boleh terima,” kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu.
Tahun lalu Zamihan telah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.
Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.
Sebaliknya Zamihan mengakui ada “membangkitkan” nama Asri dalam taklimat itu berdasarkan tulisan beliau selama ini.
Tegas beliau, amalan dan ajaran yang dibawa Sheikh Abdul Rahman bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah dan ia bertentangan dengan amalan umat Islam.
“Sebab itu (ajaran Sheikh Abdul Rahman) bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah, sebaliknya ia merupakan metodologi sebahagian amalan al-Hanabilah al-Mujassimah dan metodologi ini bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah yang kita amalkan di Malaysia.
“Memandangkan metodologi ini dipopularkan ajaran Wahabi dan ulama bangkit menentangnya, maka metodologi ini tidak perlu disebarkan kepada umat Islam dalam apa jua pendekatan kerana ia bukan metodologi yang benar yang diwarisi dari Rasulullah,” katanya.
Kata Zamihan, beliau menentang keras tindakan Sheikh Abdul Rahman yang cuba mewujudkan suasana tidak senang di kalangan umat Islam dengan membawa fahaman yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah.
“Jika ia (amalan Wahabi) mahu dipraktikkan di Arab Saudi terpulanglah, tapi kita di Malaysia mengamalkan metodologi Ahli Sunah Waljamaah yang jelas iaitu berpegang dengan prinsip akidah yang dirintis dari Imam Abu al-Hasan al-Ash`ari bermazhab Shafie dan berpandukan metodologi tasawuf dari kalangan ulama sufi yang muktabar.
“Imam Besar Masjidil Haram ini juga pernah membuat (mencetuskan) kontroversi apabila mengemukakan pandangan bahawa orang Islam dilarang menziarai makam Nabi, malah saya ada bukti lain yang menunjukkan beliau cuba menyuntik fahaman Wahabi.
“Malah dalam seminar yang dihadiri beliau pada Sabtu dan Ahad lalu juga, hampir keseluruhan jurucakap dan tetamu yang hadir mengamalkan metodologi Wahabi, tapi gunakan nama lain daripada diketahui dan ini mengelirukan umat Islam,” katanya.
Justeru, kata beliau, pihak berkuasa terutamanya polis dan jabatan agama Islam harus menyiasat perkara tersebut agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Selain itu, Zamihan juga mempersoalkan bagaimana penceramah-penceramah dari luar negara dibenarkan untuk bercakap soal agama tanpa permit.
“Kedatangan Imam Besar Masjidil Haram ini kalau untuk kegiatan umat Islam tiada masalah tapi kalau nak bawa metodologi ia tidak wajar . . . tindakan ini akan mengelirukan umat Islam dan wajar pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.
“Kalau nak masuk Singapura pun kena ada permit tapi bila orang luar berucap pasal agama dan nak bawa metologi Wahabi tidak perlukan permitkah? Sheikh Abdul Rahman datang dengan tujuan untuk semai fahaman Wahabi dan ini tidak wajar,” katanya yang turut menjadi perhatian ekoran satu seminar di Singapura awal tahun lalu.
Pada Jumaat lalu Sheikh Abdul Rahman menggesa umat Islam berpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunah demi memastikan mereka kekal bersatu padu. 
Beliau berkata, perpecahan di kalangan umat Islam akan berlaku sekiranya mereka tidak menjadikan kedua-dua perkara itu sebagai sebahagian amalan kehidupan seharian.
“Anda semua harus berpegang pada hadis Rasulullah mengenai pentingnya berpegang teguh dengan al-Quran dan As-Sunah, jika tidak inilah (perpecahan) jadinya kepada umat kita (Islam),” katanya dalam khutbah Jumaat yang diikuti oleh lebih 3,000 jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan.
Khutbah beliau bertajuk “Perpaduan Islam dan Cabaran Semasa” diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia, Datuk Mahamud Abdul. 
+18
dung's avatar
dung· 2 hours ago
Sudah sampai masa JAKIM bertindak keatas pengawai mereka yang banyak mencemarkan nama baik Jakim dan Islam sekeliannya. 

Siapa Zamihan yang bertindak sebagai jurucakap Jakim? Apakah tidak ada GO terhadap kakitangan kerajaan yang memberikan komen kepada wartawan? 

Apa kata Jakim?
+11
The Owl's avatar
The Owl· 1 hour ago
Zamihan, Zamihan... Hantar nota bantahan rasmi JAKIM kepada AlSudais, katakan Zamihan marah sangat. Jadi lain kali jangan benarkan orang Saudi datang beri ceramah kat sini. Nak lebih bagus, Zamihan ketuai kempen boycott Saudi! By the way, siapa Zamihan ni? Kalau AlSudais satu dunia Islam ada menyimpan rakaman qiraat beliau di rumah. Zamihan, Zamihan, kan otak kita ada filter... Yang baik kita terima, yang tak faham kita K.I.V. (Keep In View) dan selidik lagi, yang bercanggah dengan pendapat sendiri, jangan terus nak melenting. Zamihan, Zamihannnn...
+12
Dr. Gum Wali Wala's avatar
Dr. Gum Wali Wala· 1 hour ago
Totally crazy statement. What kind of government officer that we have. Simply making statement without respect to Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais. The revered person comes under invitation. 

What is JAKIM motivation and objective. Why is there so many entity like IKIM, JAKIM, Baitul Mal ZAKAT, Majlis Agama Negeri, Majlis Ulama, etc. etc. Yet the well being of muslim was totally neglected.
+6
rashidi's avatar
rashidi· 1 hour ago
Macam mana JAKIM boleh ambik orang macam ni jadi pegawai? Pemikiran terlalu ekstrim. macam orang lain semua salah dan dia sorang saja betul. Cuba menimbulkan kontroversi tanpa fakta padahal Imam tu datang dengan tujuan yang elok supaya Umat Islam kembali berpegang kepada Al-Quran & Sunnah.
+4
Carl's avatar
Carl· 1 hour ago
Susah kalau pi Mekah...Sembahyang nak berimamkan imam wahabi..
+1
calitos's avatar
calitos· 48 minutes ago
carloss; 

nilah masalahnya kalau ilmu didada tak cukup, poyo gilala lu zamihan..
+1
Nahimaz's avatar
Nahimaz· 48 minutes ago
Zamihan, zamihan... T_T
+3
Pak Wahab's avatar
Pak Wahab· 46 minutes ago
jangan di layan si 'ostad' biol sorang ni. sibuk dok tuduh orang ni wahabi, orang tu wahabi. ntah2 dia ni ejen mossad israel kot nak pecah belahkan umat islam. sibuk dok menyalak pasal metadologi2 tapi ntah apa maksud metadologi yang dia salakkan kita pun tak tahu. Nabi bersabda ikut Al-Quran dan hadis, so tak kisah la bawah nama wahabi ke, maliki ke, shafie ke, ahli sunnah waljamaah ke, kiki lala ke, power rangers sekalipun as long as kita ikut dua benda tu, takde masalah. berbeza pendapat dalam perkara2 ranting biasalah, asalkan kita bersatu dalam perkara pokok (akidah).
+1
Ibnu Hasan's avatar
Ibnu Hasan· 45 minutes ago
Si Zamihan tu bukannya dari Ahlus-Sunnah Wal Jama'ah. Dia sebenarnya musuh kepada Ahlus-Sunnah Wal Jama'ah yang asli. Dia membawa fahaman sesat yang sangat mengingkari apa yang Allah sifatkan dirinya seperti yang tersebut di dalam Al-Quran dan seperti yang Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم sifatkan Allah dalam hadis yang sahih.
JAKIM pun memang nak simpan zamihan ni sebagai senjata akhir utk nak lawan golongan ASWJ yg sebenar kat Malaysia. Kalau tak , mereka boleh saja tukarkan dia ke tempat lain..JHEOA sesuai sgt utk Zamihan ni.
+1
Redz's avatar
Inilah dia cakap ikut sedap mulut... Semoga Allah merahmati kamu Zamihan, dan memberikan Hidayah kepada kamu... 

Jangan nak mengatakan imam masjid Haram itu tidak mengamalkan Sunnah... Malah, mungkin dia lebih mengetahui sunnah dan hadis Nabi dari kamu, Zamihan... Astaghfirullah...
+2
azmus's avatar
Kalau apa yang di bawa olih Sheikh Abd Rahman As Sudais salah JAKIM kena keluar fatwa haramkan (tak sah) solat di Masjidil Haram berimamkan beliau dan imam-imam lain ! Siapa ini Zamihan?
+2
ahmad's avatar
What wrong with this guy!!!! He is actually doing discord among Muslims in Malaysia!! JAKIM must respond to his statement, and give him punishment. 

He dont have any respect to our guest, as our beloved Imam from Masjid Al-Haram Mekah. 

We very happy when Abdul Rahman Sudais come to Malaysia and hope he will come again and share some knowledge with us. 

Zamihan! U should shut up!!!!
+1
muhammad muharis's avatar
muhammad muharis· 28 minutes ago
When the interpretation of the Quran is correct, then Muslims will have the correct actions. the problems of the Muslims nowadays are due to so many wrong interpretation of the Quran done by so many Muslims scholars. Because of the wrong interpretations, Muslims even start to wage jihad towards their own fellow Muslims brothers
+1
burstaxon's avatar
burstaxon· 26 minutes ago
Lebih alim dari Al-Sudais..ni dah kira terer. Kena delete lah kut koleksi mp3 quran bacaan Al-Sudais nih. Sebab Islam dia tak cukup bagus.

Post a new comment

Comments by