Monday, April 25, 2011

Bukan mahu saingi TV3



Sertai komuniti myMetro

Bukan mahu saingi TV3

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEBAGAI antara saluran televisyen tempatan yang menyiarkan program bermutu dan terbaik, TV9 sentiasa menjadi pilihan penonton.
Kini TV9 yang popular dengan ‘tagline’, Di Hatiku memasuki ulang tahun kelimanya.
Selaras dengan usia yang semakin meningkat dewasa, stesen yang bernaung di bawah Media Prima Berhad itu berjanji meningkatkan pelbagai kandungan program hiburan, drama dan majalah yang sesuai ditonton seisi keluarga.

Ketua Penjenamaan Pengurusan Kumpulan TV9, Feisal Malik berkata, pihaknya meletak sasaran menarik penonton daripada golongan remaja dan keluarga dengan menyiarkan pelbagai program baru.


Selain meneruskan kesinambungan menyiarkan program hiburan dan infomasi yang mendapat maklum balas positif daripada penonton, pihaknya juga menjangkakan wajah baru buat stesen televisyen berkenaan.

“Sasaran penonton kami adalah golongan remaja sehingga keluarga. Slot drama yang disiarkan sesuai ditonton semua lapisan usia khususnya generasi muda selain mempertingkat kandungan program ilmu seperti slot Raudhah, Tanyalah Ustaz dan Semanis Kurma yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton.

“Kami berpuas hati dengan sambutan dan jumlah penonton yang mengikut program ini setiap kali disiarkan. Selain bakal tampil dengan pelbagai program remaja, TV9 yang melancarkan program terbaru, Ekspresi Remaja bakal menyiarkan program remaja tersendiri yang sebelum ini disiarkan di TV3.

“Kami bersyukur kerana dari segi kajian jumlah penonton meningkat. Malah, jumlah peratusan penonton TV9 pula di tempat kedua sebanyak lapan peratus berkongsi tangga bersama TV2 di belakang TV3 (30 peratus),” katanya.

Program Ekspresi Remaja salah satu daripada program anjuran TV9 menjadi pentas mencungkil bakat baru nyanyian dan pengacaraan.

Pelbagai aktiviti, pameran, uji bakat dan konsert diadakan sepanjang acara berkenaan. Program pertama yang dianjurkan dengan kerjasama Management & Science University (MSU), Shah Alam.

Jika tiada aral program yang tertumpu kepada mahasiswa dan mahasiswi universiti itu bakal berkunjung ke tiga lokasi seterusnya iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tambah Feisal, pihaknya akan mengekalkan penyiaran program popular di saluran itu seperti Idola Kecil dan Akademi Al-Quran dan khusus buat kanak-kanak TV9 turut menyiarkan Kelab Upin Ipin yang disiarkan setiap Sabtu jam 5.30 petang.

Dari segi kandungan program tempatan dan antarabangsa pula pihaknya lebih tertumpu kepada kualiti berbanding kuantiti.

“Kami memang membuat pelaburan untuk program antarabangsa terutama dari segi filem. Kami sentiasa menumpukan kualiti drama.

“Tidak mustahil jika kami membandingkan program disiarkan setanding TV3. Ia terbukti apabila jumlah penonton turut mencatat peratusan yang menggalakkan,” kata Feisal ketika ditemui di Sri Pentas di Bandar Utama.

Dia menolak dakwaan untuk bersaing dengan stesen TV3 sebaliknya menganggap ia satu persaingan sihat di antara semua stesen televisyen tempatan dalam menarik penonton dikalangan semua golongan.

Pihaknya turut memberi tumpuan kepada siaran program menerusi online seperti gua.com.my atau tonton.com.my yang dilihat sebagai antara platform terbaik memperkenalkan program.

Serentak dengan sambutan ulang tahun kelima TV9, majlis meraikannya diadakan menerusi program bual bicara popular�nya, Nasi Lemak Kopi O (NLKO)
yang bersiar secara langsung di pekarangan Sri Pentas.

Pelbagai aktiviti dan program menarik disusun sepanjang dua jam program disiarkan.

Turut memeriahkan acara kemunculan penyanyi popular seperti Anuar Zain, Misha Omar dan Alyah yang menyampaikan beberapa lagu.

NLKO yang memasuki tahun keempat siarannya menampilkan barisan pengacara antaranya Aziz Desa, Farah Anuar, Sharifah Shahira, Fateen Gadis Melayu, Ashraf Muslim dan Sharifah Nur.

Majlis berkenaan turut meraikan 40 anak yatim dari Rumah Al-Ijabah, Puchong; 40 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku Kuala Lipis Pahang serta 15 pesakit kanak-kanak dari Institut Pediatrik Kuala Lumpur.

Majlis sambutan ulang tahun besar-besaran TV9 dijangka dianjurkan pada 20 Mei ini.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial

IKLAN
Click Here