Tuesday, October 05, 2010

Salahkah Allah buat apa yang Dia mahu

assalamualaikum ...

Allah boleh buat apa yang Dia mahu buat.

Tidak ada sesiapapun yang boleh mengkritik apa yang Allah mahu buat.

Salahkah Allah kalau Allah mahu buat langit berada di atas manakala bumi berada di bawah?

Salahkah Allah kalau Allah mahu datang pada hari kiamat?


(1) سورة الفجر - سورة 89 - آية 22
للغلة الإنجليزية    
وجاء ربك والملك صفا صفا


Terjemahan Ar Rahman : 22. Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),

Terjemahan Indonesia : 22. dan datanglah Tuhanmu; sedang malaikat berbaris-baris.

Sedangkan Allah boleh buat apa sahaja yang Allah mahu?


(1) سورة هود - سورة 11 - آية 107
للغلة الإنجليزية    
خالدين فيها ما دامت السماوات والارض الا ما شاء ربك ان ربك فعال لما يريد



Terjemahan Ar Rahman : 107. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa Yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa Yang dikehendakiNya.

Terjemahan Indonesia : 107. mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi[736], kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki. 

[736]. Alam akhirat juga mempunyai langit dan bumi tersendiri. 

Tapi orang yang suka takwil ayat yang terdiri daripada orang Al Asya'irah, mereka mengaku Allah boleh buat apa yang Allah mahu tetapi dalam beberapa keadaan Allah Taala tidak mampu buat apa yang Allah mahu seperti turun ke langit dunia, beristiwa atas 'arasy, datang pada hari kiamat dan sebagainya.

wassalam ...