Dia kata wahabi ni menyamakan Allah dengan makhluk.
memanglah Allah dan makhluk sama tetapi sama dari segi lafaz sahaja tetapi tidak sama dari hakikat.
Contohnya Nabi Isa berkata :
(1) سورة المائدة - سورة 5 - آية 116 | ![]() | ||
واذ قال الله يا عيسى ابن مريم اانت قلت للناس اتخذوني وامي الهين من دون الله قال سبحانك ما يكون لي ان اقول ما ليس لي بحق ان كنت قلته فقد علمته تعلم ما في نفسي ولا اعلم ما في نفسك انك انت علام الغيوب |
Terjemahan Ar Rahman : 116. Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa Ibni Maryam! Engkaukah Yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua Tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha suci Engkau (Wahai Tuhan)! tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu Yang Aku tidak berhak (mengatakannya). jika Aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa Yang ada pada diriku, sedang Aku tidak mengetahui apa Yang ada pada diriMu; kerana Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha mengetahui perkara-perkara Yang ghaib.
Terjemahan Indonesia : 116. Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?." Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib."
Nabi Isa mengaku bahawa Allah adalah diri Allah dan Nabi Isa juga adalah diri Nabi Isa.
Dari segi penggunaan bahasa maka ianya adalah sama, Allah pun diri dan Nabi Isa pun diri tetapi Nabi Isa telah membezakan diri Allah pada hakikatnya tidak sama dengan diri Nabi Isa pada hakikatnya iaitu diri Allah itu mengetahui perkara yang ghaib manakala diri Nabi Isa tidak tahu perkara yang ghaib.
Bagi orang yang marahkan wahabi maka mereka akan berkata, jangan panggil Allah itu diri Allah.
Sedangkan Nabi Isa sendiri yang memanggil Allah sebagai diri Allah.
Betapa terkelirunya orang yang marahkan wahabi ni.
Orang yang marahkan wahabi sebenarnya mereka tidak mengetahui apa-apa tentang kebenaran.
Samada mereka taklid buta atau mereka ta'assub melulu.
wassalam