Monday, April 18, 2011

Peluru dalam bilik hotel masih misteri


KUALA LUMPUR - Siasatan polis mendapati sebuah bilik hotel iaitu lokasi penemuan sejumlah peluru pelbagai jenis pada Rabu lalu telah didaftar atas nama seorang lelaki warga Sri Lanka.
Sumber berkata, setakat ini siasatan mendapati nama lelaki tersebut tiada di dalam rekod pihak Imigresen.
"Pemeriksaan mendapati bilik tersebut didaftar atas nama seorang lelaki warga Sri Lanka dengan menggunakan pasport.
"Setakat hari ini (semalam), hasil semakan dengan pihak Imigresen mendapati butiran yang didaftar (lelaki) itu tiada di dalam rekod," katanya kepada Kosmo! semalam.
Menurut sumber itu, pihaknya tidak menolak kemungkinan lelaki itu menggunakan pasport palsu ketika mendaftar masuk.