Monday, April 18, 2011

Jaringan dramatik Kuyt kecewakan Arsenal kutip tiga mata


18/04/2011 2:42am

LONDON 18 April – Harapan Arsene Wenger untuk membimbing Arsenal menjulang gelaran Liga Perdana England musim ini semakin samar apabila sekadar seri 1-1 menentang Liverpool di Stadium Emirates, semalam.
Jaringan dramatik hasil sepakan penalti Dirk Kuyt pada saat-saat akhir permainan itu sekali gus menafikan Arsenal daripada mengutip tiga mata penuh yang seakan-akan hampir pasti milik mereka setelah Robin Van Persie beberapa minit sebelum itu turut menyempurnakan sepakan penalti selepas Cesc Frabegas dijatuhkan Jay Spearing dalam kawasan penalti.
Arsenal hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana gagal mempertahankan jaringan berharga tersebut, dengan pemain tengah Liverpool, Lucas Leiva dikasari Emmanuel Eboue pada minit ke-12 pada masa kecederaan dan Kuyt tenang, tidak mensia-siakan peluang itu.
Keputusan itu bermakna Arsenal gagal memanfaatkan peluang merapatkan jurang dengan peneraju liga, Manchester United, yang meninggalkan mereka dengan enam mata, dengan baki enam perlawanan sebelum Liga Perdana menutup tirainya. - AFP