Sunday, May 08, 2011

Surah Al Baqarah Ayat 102 - سورة البقرة آية 102

2:102
Indonesian
Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.
Malay
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.










Saturday, May 07, 2011

Sastera mata pelajaran tunggal


ARKIB : 06/05/2011

Sastera mata pelajaran tunggal



Pandangan Muhammad Salleh (kanan) bahawa sastera perlu dijadikan mata pelajaran tunggal perlu dipertimbangkan.


DI NEGARA barat walaupun sains dan teknologi merupakan tunjang kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan negara mereka, namun elemen sastera tidak pernah dipinggirkan.
Ketika mendahului dalam dunia sains dan teknologi maklumat, rak-rak buku di rumah dan perpustakaan di negara mereka tetap dipenuhi dengan karya sastera.
Nama-sama seperti William Shakespeare, Joseph Conrad, Charles Dickens dan Ernest Hemingway bersama karya mereka terus disanjung hingga ke hari ini.
Malah buku Killing The Morking Bird yang merupakan satu-satunya karya Harper Lee terus di sanjung hingga ke hari ini.
Sempena ulang tahun ke-50 penerbitan buku itu tahun lalu, ia diulang cetak melalui edisi khas yang melibatkan jutaan naskhah untuk diedar ke seluruh dunia.
Tetapi martabat sastera di Malaysia tidak sampai ke tahap itu. Di era sebelum merdeka sastera tempatan disanjung kerana ia menjadi alat untuk menanam semangat kebangsaan bagi menentang British.
Selepas merdeka hingga ke era awal 80-an, karya-karya sastera tempatan masih lagi dihargai. Waktu itu masih ada mata pelajaran sastera di ajar untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Antara buku yang menjadi kajian sastera tingkatan lima ialah Badai Semalam sementara yang popular untuk STPM pula Keluarga Gerilya.
Tetapi kini sastera tidak lagi berdiri sendiri sebagai satu mata pelajaran di sekolah. Ia satu daripada komponen mata pelajaran bahasa Melayu.
Mungkin, kerena kerajaan memikirkan sastera tidak mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
Hasilnya ia sedikit sebanyak turut membunuh minat rakyat negara ini terhadap sastera tempatan.
Disebabkan minat terhadap novel-novel serius karya penulis tempatan semakin sukar untuk dicari.
Selain sekadar memenuhi rak di kedai milik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), buku karya Usman Awang, Shahnon Ahmad, Arena Wati, A. Samad Said, Pak Sako dan lain-lainnya jangan harap boleh ditemui di kedai-kedai buku biasa.
Tetapi yang peliknya, karya-karya sastera barat yang sudah berusia melebihi seratus tahun pun mudah untuk ditemui.
Sebab itu saranan supaya Kesusasteraan Melayu dijadikan mata pelajaran tunggal perlu dipertimbangkan dengan mendalam oleh Kementerian Pelajaran.
Sastera merupakan sebahagian daripada perjuangan memerdekakan negara.
Pak Sako pernah di tahan British kerana novel Anak Mat Lela Gila dan Putera Gunung Tahanyang dikatakan menghasut penduduk Tanah Melayu menentang penjajahan Inggeris.
Tetapi sekarang ini di mana kita boleh dapatkan buku-buku tersebut yang pernah membantu membangkitkan semangat rakyat negara ini menentang penjajah?
Seperti kata Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh sastera Melayu tradisi merupakan warisan kebudayaan yang tinggi nilainya.
Tetapi malangnya hari ini, sastera Melayu terbahagi kepada dua elemen utama iaitu lisan dan tulisan semakin dilupakan.
"Generasi muda sebenarnya perlu sedar bahawa tiada siapa lagi yang dapat memikul beban untuk mempertahan dan memperkembang sastera Melayu kerana zaman Usman Awang dan sasterawan terkemuka negara yang lain telah hampir tiada dan ada yang sudah tamat perjuangan mereka," katanya.
Sebab itu sesuatu perlu dilakukan supaya generasi muda kini bangkit daripada zon keselesaan dan kealpaan dan berjuang memperkasa sastera Melayu.
Ia perlu diangkat supaya bukan hanya terus dikenali dalam negara tetapi juga di luar sama seperti karya-karya sastera di negara lain.
Jika sastera terus dijadikan sebahagian daripada komponen bahasa Melayu, maka ia tidak memerlukan bukan sahaja di dalam malah di luar negara.
Mungkin ada yang memandang remeh apabila ada pihak memperjuangkan bidang kesusasteraan ini.
Tetapi realitinya, sastera sebenarnya turut memainkan peranan penting dalam membina sesebuah tamadun.
Sebab itu di barat, walaupun mereka telah jauh maju ke depan, namun karya-karya Shakespeare, Hemingway dan Dickens terus dibincangkan di peringkat sekolah menengah dan universiti. Karya-karya klasik yang dianggap sama-sama membangun dengan tamadun barat itu tidak pernah mereka ketepikan. Sebaliknya ia terus diajar dan dihayati oleh generasi muda.
Namun saranan Muhammad itu kurang disenangi apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong melihat ia sebagai akan membebankan pelajar yang secara puratanya mengambil kira-kira sembilan hingga 10 mata pelajaran wajib di sekolah.
Bagi Ka Siong komponen kesusasteraan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kini sudah memadai kerana ia engkap dengan semua aspek yang perlu diketahui oleh seseorang pelajar mengenai asas kesusasteraan.
Walaupun pada pandangan Timbalan Menteri Pelajaran itu komponen sastera yang diajar di sekolah-sekolah lengkap tetapi ia gagal memartabatkan sastera Melayu.
Malah sistem yang ada sekarang seolah-olah turut menyumbangkan kepada peminggiran sastera Melayu terutama di kalangan generasi muda.
Mereka menjadi semakin jauh dan semakin asing bukan sahaja kepada karya tetapi juga kepada tokoh-tokoh sastera tempatan.
Lagi pula sastera adalah lambang jati diri sesuatu masyarakat dan tamadun. Setiap tamadun yang unggul di dunia mempunyai karya sastera agung mereka yang tersendiri. Sebab itu, ketika negara menuju status sebuah negara maju, karya sastera juga perlu diangkat dan dimartabatkan.

Gila ranking


ARKIB : 01/05/2011

Gila ranking



Malam di pintu gerbang di Jalan Raja Muda Musa Kg Baru, ketika sedang menukang karya tulis, mengarang bebunga pena di medan selera Amir ini, asap hembusan shisha berperisa strawberi berkepulan dan bergumpalan menari-nari di udara. Ia kemudian berbaris di depan hidungnya dan berjuang dengan caranya yang tersendiri guna mencari laluan ke rongga pernafasan seorang anak muda di situ.

Ketika ini, wajah dinihari pagi masih juga tersembam ke dada langit kelam. Dan jarum jam sedang menuding ke angka tiga. Sebenarnya, asap shisha dan segala kebingitan suara anak-anak muda di sini yang berpadu dengan deruan angin malam di ibu kota ini bukan masalah besar untuk Hakim. Sebenarnya, laporan berita inilah yang lebih memeningkan kepalanya.

Matanya ligat berputar bagaikan jarum kipas yang tergantung di bawah bumbung zink. Hakim meneliti tiap-tiap bait laporan berita itu sebagai berikut:

Bakteria virus 'gila ranking' mula dikenal pasti

KUALA LUMPUR: "Kami sedang menyiasat jika virus E-Coli dan bakteria C-Seluar Dalam ini menjadi punca penyakit atau pun penyebab penularan wabak sawan 'gila ranking' mutakhir ini," kata seorang pengamal perubatan terkenal Universiti Kembayat Negara, Dato' Prof Madya Dr Haji Sulaiman Akhlaken.

Tambah beliau, kedua-dua virus dan bakteria tersebut berkemungkinan besar akan diwartakan sebagai musuh Kembayat Negara tahun depan jika saintis belum dapat menemui vaksin dan penawarnya.

"Pihak kami sedang berusaha keras sedaya upaya untuk membanteras sikap tipu daya dan fitnah tohmah yang dipercayai menjadi asam garam umat kita yang turut dipercayai menjadi sebab kepada kelahiran kedua-dua virus dan bakteria ini.

"Virus dan bakteria itu bukan hanya menyerang kita daripada sudut biologi, malah psikologi!" kata Sulaiman Akhlaken menekankan suaranya dalam suatu sidang media di sini, hari ini.

Hati Hakim mula bergoyang. Tunggul nafasnya bergoncang. Coli dan Seluar Dalam? E dan C mahu dinisbah kepada apa pula? Sungguh melampau-lampau kelucahan mutakhir ini. Setakat yang didengarnya, bom C10 saja yang ada kini. Jika ada bom Perancis yang baru dijual ke Kembayat Negara dengan huruf E untuk membunuh musuh negara, hal itu tiada pula Hakim tahu. Dia membaca laporan selanjutnya...

Ketika ditanya pemberita berhubung sebab-musabab manusia penguasa suka menipu dan membuat fitnah huru-hara, Dr Sulaiman Akhlaken mengangkat bahu sebagai tanda isyarat bahawa dia tidak tahu.

"Saya fikir rakyat ini perlu selak semua Qutul Qulub dan Al-Hikam Ibnu 'Athaillah Al-Askandari, juga Futuhat Makkiyyah, Fususul Hikam Ibnu 'Arabi," kata beliau lagi. "Kita semua mesti belajar merawat derita penyakit batin masing-masing... Amalan kesufian dan tasauf jangan sesekali ditinggalkan."

Menurut beliau, penyakit orang sasau, sawan (atau pesawan) 'gila ranking' sehingga ini belum ada kaedah penyembuhannya, dan perlu dikuarantinkan jika perlu.

"Atau, perlu digulingkan dalam suatu tindakan revolusi yang lebih merakyat, walau tindakan seperti membikin hati rakyat menjadi tersayat," kata beliau.

Heh! Laporan berita macam apa ini? Siap wartawan boleh tulis bahawa sumber angkat bahu sebagai tanda beliau tidak tahu. Sepanjang dia bergelumang dalam dunia penyiaran dan pemberitaan, laporan yang bersifat meleret-leret ini memang akan masuk bakul sampah! Kalau hidup di bawah Samad Ismail, teruklah wartawan ini dicarut dan dihamun maki.

"Kau mana tau!?" kata temannya. Ini amalan new journalism atau kewartawanan baharu! Kata temannya sebelum ini. Hakim angkat bahu, mengalah.

"Dr Sulaimen Akhlaken?" hatinya berdesis. "Bidang kepakarannya apa? Harus disusun temu bual untuk mencungkil lagi virus bakteria E-Coli dan C-Seluar Dalam ini."

perubatan
Memang benar kata-kata pengamal perubatan jiwa itu. Nafsu syahwat mesti dilawan. Tapi sulit difikirkan dengan akal kepala bahawa virus bakteria yang menyerang secara biologi itu, kini berkembang lalu merebak menular ke daerah penyakit psikologi pula.

Nafsu ingin kekuasaan dan syahwat terhadap lawan jenis ini jika dilayan, ia tetap tidak akan pudar dan tidak akan habis jika terus dijamu. Nafsu syahwat memang liar dan ia perlu dikekang dan ditundukkan dengan iman dan taqwa.

Barangkali, sebentar lagi hujan akan turun. Hatinya berbisik, sangat dingin darahku saat ini, dinginnya menumbuk sehingga ke sumsum tulang, demikian keras dinginnya sehingga meninju ke sasaran daerah jantung Hakim.

Hujan malam pun turun, mengisar derita kayangan yang lama bergumpalan dari dada langit muram. Hujan rintik yang bermula sesaat dua dengan drama pentas renyai-renyai itu, kini berakhir dengan lebat membuka cerita derita lama.

Hakim berlari terus, di balik curahan rintik hujan yang semakin melebat. Begitu pun, dia tetap tidak lupa membayar harga segelas teh ais yang baru dipesannya tadi.

Seorang gadis remaja di meja sebelahnya masih sempat mengirim senyum yang mencairkan kejantanannya. Hakim tidak sempat bercinta lagi. Esok akan tersembul lagi bidadari yang keras senyumnya. Dan senyum bidadari esok lusa akan menjadi lebih hangat, seterik buah kepanasan matahari yang selalu ranum dalam mematangkan bumi dengan kehangatannya. Dan alam akan jadi segar, bangkit tumbuh mendewasa dengan sebab matahari yang mengirim kehangatan cinta bertalu-talu ke wajah dunia itu.

Cinta akan datang dan pergi seperti baju yang dipakainya dan ditanggal dan dipakainya semula apabila ada keperluan.
"Selamat tinggal bidadari malam, esok ada pekerjaan yang perlu kanda lakukan," hatinya berdoa supaya jodohnya dipertemukan lagi dengan memanjang pengharapan bersama angan-angan cintanya yang diterbangkan angin malam.

editor


Pagi ini, editor akhbar Belasah Daily, Haji Abdul Wahub bangun dengan akal kepalanya rusuh bercampur resah yang menari-nari di ruang matanya. Pada fikirannya, tidak sewajarnya berita Dr Sulaiman Akhlaken itu disiarkan oleh syarikat penyiaran Warta Keramat.


"Mana ada orang percaya bahawa virus biologi boleh berubah dan berkembang sehingga menyerang ke ruang daerah psikologi!" desis hatinya. Pintunya diketuk. Hakim, wartawannya baru masuk dengan kelewatan yang seperti biasa. Nak dibuang wartawan itu terasa sayang. Hanya wartawan itulah sahaja yang boleh diharapkannya walaupun dia bengap! Tapi, budak wartawan itu masih boleh ditunjuk arah.

"Begini Hakim," dia berdehem membersihkan kerongkongnya selepas baru 'pekena' secawan teh panas dengan roti canai yang cebisannya masih terlihat melekat di pinggir bibirnya. "Aku nak hang interviu Dr Sulaiman Akhlak."

"Ya saya dah tonton temu bual itu semalam tuan haji!" pintas Hakim, matanya berpinar-pinar, riang kesukaan. Dia berfikir semoga-moga tugasan pagi itu akan menjadi miliknya dan bukan rakan-rakan wartawan lain yang masih tidur berdengkur lagi.

"Bongok! Bengap!" suara Haji Abdul Wahub berdesing seperti mesin-gun. Suara garaunya membikin mata Hakim terbelalak. Bagaikan ada sebutir bom C-10 yang baru meletup dari danau hatinya. Hati Hakim itu suci. Dalam hatinya ada taman.

"Biarlah aku cakap habis dulu!"

"Ya, baik tuan haji, dipersilakan bercakap dengan penuh hormat..."

"Baik, aku nak kau temu bual dia. Dan ini semua adalah deretan persoalan yang aku nak kau tanya dia," kata sang editor itu, sambil menyerahkan sehelai kertas yang memuatkan sederet pertanyaan sendiri. "Kalau kau gatai mulut nak tanya, soalan kau tu boleh ditanya selepas habis semua soalan aku tu. Faham!"

Dr Sulaiman Akhlaken menarik kerusinya perlahan-lahan lalu mempersilakan wartawanBelasah Daily itu duduk di kerusi di depannya. Hakim rasa teruja kerana kini dia sedang berdepan dengan seorang pensyarah dan pengamal perubatan yang berani mendedahkan kewujudan E-Coli dan E-Seluar Dalam di hadapan khalayak itu. Dia ingin bertanya juga, adakah kedua-dua virus bakteria ini juga yang menjadi sebab wujudnya telur tiruan di pasaran itu.

"Oh! Telur tiruan itu tercipta secara evolusi, dan bukannya secara revolusi," kata Dr Sulaiman ketika menjawab soalan awal Hakim itu. "Evolusi itu tiada pencipta, sedangkan revolusi itu ada penciptanya. Contohnya, alam buana, bumi dunia ini tercipta secara revolusi, ada Sang Pencipta dan bukan evolusi, iaitu terjadi dengan sendirinya, tiada pencipta."

Wah! Ini suatu bahan fikiran baharu! Dia menurunkan buah fikiran Dr Sulaiman lagi. Setiap anak-anak itu dilahirkan secara revolusi (fitrah), bukan evolusi sehinggalah ibu bapa mereka yang meliberalkan, mensosialiskan dan mengkapitaliskan mereka.

"Ok, ini off the record ya? Jangan siarkan dalam laporan awak ya? Sebenarnya, telur tiruan itu wujud, tetapi sistem kekuasaan Kembayat Negara ini dikuasai oleh saudagar kapitalis dan kita pada hakikatnya mengamalkan demokrasi Plutokrasi. Bangsawan dan para pembesarnya adalah saudagar dan jawatan mereka ini boleh dibeli. Jika jawatan pun mereka boleh beli, ini bererti jawatan itu juga mereka boleh menjualnya.

"Telur tiruan itu ada di pasaran, tapi selepas disogok dengan Dollar Euro dan Shikel mata wang Israel, maka ratu dan syahbandar mengisytiharkan bahawa telur itu tidak wujud di pasaran," kata pensyarah yang pengalamannya dimasinkan oleh garam tipu helah bersalut fitnah pembesar di negara itu.

"Prof, pening kepala saya prof," keluh Hakim, "Syahbandar itu kata begitu, si pegawai ini pula beri fatwa begini, jadi kita terus kepada formula dan pelan tindakan sahaja ya Prof."

"Boleh! Kebetulan pula, kami menemukan vaksin dan penawarnya sekali gus," kata Dr Sulaiman. "Mungkin awak boleh siar hal ini dalam Belasah Daily... Errr.... biar betul nama akhbar awak ni? Belasah Daily?"
"Ya Prof, Belasah Daily... kalau nak dimelayukan ertinya Belasah Tiap-Tiap Hari..."

"Oh, jadi kerja awak selama ni tak ada lainlah ya? Kerja belasah fikiran rakyat tiap-tiap hari, menabur umpat fitnah dan keji!?"

akhbar


"Err.. tapi bentuk laporan kami ini ternyata lebih "hadhari" dan "glokal" Prof jika dibanding dengan pihak akhbar lain."
"Ah! Apa-apalah alasan awak tu. Kita terus kepada penemuan terbaru saya yang mungkin awak boleh laporkan kepada Haji Abdul Wahub tu."

"Eh! Tuan kenal editor saya tu??"

"Apa pula saya tak kenal? Jiran sebelah rumah saya saja tu. Baiklah, bahawa bagi menawar racun E-Coli dan C-Seluar Dalam ini, maka laporan makmal kami yang berpusat di Pornthepkurn Rd, Ayutthaya sudah mendedahkan nama formula vaksin itu sebagai E-Reformasi dan E-Revolusi," kata Dr Sulaiman dengan senyum lebar dan perut boroinya yang mewah dengan daging berlemak itu.

Senyum si pensyarah yang berkilat wajah selepas dicukur tanpa misai dan janggut berjambang itu mengingatkannya kepada rupa wajah Haji Abdul Wahub dalam keadaan bermisai dan berjambang. Cuma, editornya tidak pula berbadan gempal atau perut boroi. Editornya dari Kedah dan loghatnya lebih pekat utara.

"Jadi, untuk yang terakhirnya, saya nak tanya - formula vaksin E-Reformasi dan E-Revolusi itu di mana kita nak dapatkannya ya Prof? Bilakah ia akan ada di pasaran?" tanya Hakim, menamatkan temu bualnya itu.

Dr Sulaiman tersenyum lagi, lalu berkata, "Kami akan pasarkan ia di facebook, twitter danyoutube. Dan, menurut kajian kami, jika kita kerap berlatih facebook, twitter dan youtube, maka ia akan menjadi terapi menawarkan racun lalu vaksin itu akan melompat keluar dari facebook, twitter ke dalam jiwa dan roh umat."

Aduh! Hakim garu-garu kepala lagi. Bagaimanakah Belasah Daily mahu menjual berita dan cerita semacam ini? Dunia makin hampir kepada kiamat. Apa pun boleh berlaku dan terjadi.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, di ruang matanya tersembul wajah Haji Abdul Wahab yang memekik melolong bagaikan polong dan puaka hantu raya yang menagih laporan berita daripadanya. Malam ini tarikh ajal, deadline. 'Lead', kepala berita bagaimana pula yang mesti aku tulis susun?

"E-Reformasi, E-Revolusi penawar E-Coli, E-Seluar Dalam ditemui pakar di Pornthepkurn Rd, Ayutthaya? Eh! Bolehkah tajuk berita macam tu?" akal fikiran Hakim berputar bagaikan radar yang mencerap jawapan daripada wahyu Tuhan di langit tinggi.

Atau, adakah Dr Sulaiman Akhlaken itu sendiri sudah terkena tempias penyakit 'gila ranking' universiti? Hatinya dirundung cemas memikirkan semua ini bersendirian tanpa belaian bidadari cantik di sisinya.

Novel kisah menulis novel


ARKIB : 01/05/2011

Novel kisah menulis novel



Baru-baru ini muncul sebuah novel karya Sasjira, pengarang muda Sabah. Judulnya Lestari Cintaku. Buku ini diterbitkan oleh Penerbit Pekan Ilmu.

Perlu disebutkan, sebuah cerpen Sasjira yang bertajuk Hutan Rimba, muncul dalam bukuDirgahayu Bahasaku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku itu dijadikan teks Komsas Tingkatan Lima. Bertuah penulis ini kerana karyanya dikaji di sekolah.

Saya tertarik untuk membicarakan karya Sasjira, kerana tampaknya penulis muda ini sedang berkembang secara yang meyakinkan. Menurut catatan, Sasjira pernah memenangi Hadiah sastera di peringkat Sabah. Ketika kita mencari penulis karya sastera yang baik pada masa ini, nama Sasjira eloklah dimasukkan dalam pencarian itu.

Lestari Cintaku ialah "novel tentang penulisan novel". Tema ini menarik, iaitu satu tema yang memperkatakan persediaan menghasilkan novel.

Apakah kelainan novel Lesrati Cintaku ini? Yang pertama, buku ini dimulai dengan pesanan (dalam bahagian Prolog): Susun semula cerita anda. Tulis yang anda tahu, bukan yang anda ingin tapi kurang tahu.

Pesanan itu datangnya daripada Guru. Perasaan pihak yang membacanya (protagonis) ialah 'tersinggung'. Protagonis karya ini tidak menyenangi pesanan Guru tersebut. Bahasa pesanan itu menunjukkan bahawa protagonis tidak berbakat untuk menghasilkan karya dalam bentuk baru. Bagi protagonis, Lestari Cintaku memang akan ditulis oleh orang yang tahu.

Dari segi cerita, fokus utama dalam novel ini ialah perkahwinan antara Lestari Cintaku dengan Datuk Arief Ridzuan. Hubungan awalnya ialah guru dengan murid, dan perkahwinan berlaku secara yang tidak begitu dirancang. Arief Ridzuan mempunyai seorang lagi isteri, Umi Umairah. Isteri pertama tidak mengetahui perkahwinan Arief kali kedua ini.
Persoalan perkahwinan secara rahsia ini selalunya menimbulkan kekacauan dalam hubungan kekeluargaan. Namun, dalam novel Sasjira ini, perkara itu tidak diutamakan. Lestari Cintaku berjaya menyembunyikan hubungan sebenar antara dia dengan suaminya, biarpun dia agak rapat dengan Umi Umairah. Hal itu bukanlah penekanan hingga menjadi konflik besar. Lestari Cintaku lebih menekankan pemikiran keagamaan dan kritik sosial secara yang berlainan.

Watak utama novel ini (atau LC) mempelajari pemikiran kritis daripada Arief Ridzuan. Dia tertanya-tanya tentang keadilan dalam kehidupan. Dia juga mempersoalkan adanya penderitaan dan kesengsaraan, padahal kehidupan seharusnya dipenuhi kecintaan atau kasih sayang. Hubungan LC dan Arief Ridzuan menghasilkan anak lelaki bernama Arief Budiman, atau Budi. Anak itu amat disayangi mereka.

Bagi menyegarkan penceritaan, Sasjira dengan bijaksana melukiskan watak penganggu yang sederhana. Rashid dilukiskan sebagai lelaki yang suka berkisah atau menyebutkan sesuatu yang bersifat double meaning, iaitu yang selalu mengarah ke ranjang. Jika Rashid mengemukakan pantun, pembayang pun sudah cukup erotik, lihat halaman 176. Melalui maklumat daripada orang lain, LC tahu bahawa Rashid tidaklah terlalu berbahaya, kerana minatnya ialah bercakap-cakap begitu, bukannya melakukan tindakan yang tidak sopan terhadap wanita. Dengan pemahaman yang sedemikian, LC sudi bertemu dengan Rashid (untuk kemajuan keusahawanannya), dan kemudian Rashid membawanya berkenalan dengan watak-watak lain, termasuk Zaki dan Tek. Watak Tek agak lucu, baru saja berkenalan, sudah bertanya di manakah LC bermalam. Apabila diberitahu bahawa LC tidak menginap di hotel, Tek berkata, "Sayang sekali."

Sasjira mengatur watak-watak dengan meletakkan sesiapa yang penting di tempat penting, manakala watak-watak sampingan, betapa pun menarik, ditinggalkan begitu saja. Lebih aneh, watak utama pun hilang, sebab baginya yang utama tidak semestinya penting. Watak Rashid yang ada kekuatan untuk dikembangkan, dihilangkan begitu saja, bahkan watak Tek muncul dalam hanya beberapa baris. Watak Arief Ridzuan yang dicintai LC akhirnya hilang secara agak misteri, digantikan dengan watak lain, Mohd Azdi, lelaki muda yang juga akhirnya berjodoh dengannya. Sesekali dibayangkan bahawa Mohd Azdi hidup dengan semangat kental Arief Ridzuan.

Saya tertarik pada novel ini kerana kelainannya. Antara kelainan itu, pertama: ini ialah novel tentang penulisan novel, dan segala yang diceritakan seolah-olah belum lagi merupakan novel. Semua yang ditulis dapat dikatakan proses mengumpul bahan. Kedua: Perkahwinan rahsia dijadikan perkara ringan sahaja, bukan tema yang menimbulkan konflik besar. Ketiga: kemunculan watak-watak yang bertujuan membawa perkara-perkara asing daripada tema dan plot utama, misalnya kemunculan Rashid dan Tek. Keempat: pengarang memasukkan isu keusahawanan secara nipis tetapi meyakinkan. Kelima: perbahasan tentang agama menyentuh soal kebahagiaan yang sewajarnya dinikmati oleh semua orang. Dalam hal ini, pada bahagian tertentu muncul watak yang mempertanyakan kesengsaraan. Dengan kata lain, pengarang mempersoalkan agak banyak perkara dalam novel yang tidak begitu tebal.

Setelah mengemukakan persoalan pengarang mempunyai jawapan secara yang meyakinkan. Walau bagaimanapun, selaku penulis kreatif, Sasjira tidak menyampaikan mesejnya secara yang langsung. Dia menyembunyikan makna sebenar karyanya. Dia melukiskan watak-watak manusia berbudi tinggi, termasuk Arief Ridzuan, ibu mertua, dan LC sendiri, di samping watak-watak yang hidup dalam realiti masyarakat yang serba seksi seperti Rashid dan Tek. Tiada ganjaran dan dia hukuman yang nyata untuk semua mereka.

Watak-watak dalam novel ini adalah watak-watak nyata, biarpun orang seperti Arief Ridzuan itu sukar ditemukan di sana sini. Semua ini dapat dijayakan oleh Sasjira, kerana beliau mempunyai ilmu dan pengalaman yang cukup tentang manusia dan pengkaryaan.

Everything


Clear


clear~ up, a. (of weather) menjadi cerah; b. make things tidy, berkemas: she didnt have the time to ~ up, dia tdk sempat utk berkemas; ~ st up, a. clean up, tidy st, /mengemaskan, membersihkan/ sst: go upstairs and ~ up your room, naik ke atas dan bersihkan bilik kamu; b. remove st so as to leave place clean, membuang sst: you forgot to ~ the broken glass, kamu terlupa membuang kaca yg pecah tadi; c. solve st, menyelesaikan sst: they ~ed up the mystery of the missing files, mereka menyelesaikan misteri fail-fail yg hilang itu; d. remove doubts about st, menjelaskan sst: I have been to see him to try to ~ the matter up, saya telah pergi berjumpa dengannya utk mencuba menjelaskan perkara itu; e. settle, menyelesaikan: to ~ up a misunderstanding, menyelesaikan pertelingkahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clear~ out, leave, melarikan diri; (imper) pergi: the thieves had already ~ed out by the time the police arrived, pencuri itu telah melarikan diri sewaktu polis tiba; ~ out st, membersihkan sst: to ~ out the drawers, membersihkan laci-laci itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clear~ off, (colloq) berlari; (imper) pergi: when he saw the angry farmer, he ~ed off as fast as he could, apabila dia ternampak petani yg sedang marah itu, dia cepat-cepat berlari dr situ; C~ off! he shouted, Pergi! dia bertempik; ~ st off, a. finish st, menyelesaikan sst: to ~ off the pile of work that had accumulated, menyelesaikan kerja yg telah bertimbun; b. pay (debt) /melunaskan, melangsaikan, membayar/ sst: it took him six years to ~ off his debts, dia mengambil masa enam bulan utk melunaskan hutang-piutangnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clear~ away, disappear, menghilang: the fog ~ed away, kabut menghilang; ~ st away, a. remove st, mengemaskan sst: to ~ away the dishes, mengemaskan pinggan-mangkuk; b. get rid of st, membuang sst: to ~ away the pile of leaves in the drain, membuang longgokan daun dlm parit itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clear~ a path, membuat jalan; ~ os conscience, menghilangkan rasa bersalah; ~ os throat, berdeham, mendeham, berdehem; ~ the decks, bersedia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clear11. get official approval, meluluskan: plans for the restoration of the historic village have not been ~ed by the local council, rancangan utk membaik pulih kampung yg bersejarah itu belum diluluskan oleh majlis tempatan; 12. vet, menapis: he will first have to be ~ed by the Special Branch, terlebih dahulu dia mestilah ditapis oleh Cawangan Khas; 13. (cheque) menjelaskan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clear8. make transparent or not turbid, menjernihkan: the villagers use alum to ~ the well water, orang-orang kampung menggunakan tawas utk menjernihkan air perigi; 9. make free from blame, membebaskan; (oneself, os name) membersihkan: the tribunal ~ed him of all changes, tribunal itu membebaskannya drpd segala tuduhan; he came back to ~ his name, dia kembali utk membersihkan namanya; 10. a. give (ship, aircraft) official permission to enter or leave, memberi kebenaran (utk + approp v): after two weeks of waiting, the ship was finally ~ed, setelah menunggu selama dua minggu, kapal itu diberi kebenaran utk belayar; b. satisfy all official conditions of, lepas pemeriksaan: the car ~ed customs without any difficulty, kereta itu lepas pemeriksaan kastam tanpa sebarang kesulitan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan


clearb. (of people) mengosongkan: the judge ordered the court to be ~ed, hakim mengarahkan supaya mahkamah dikosongkan; c. (from confused thoughts) melapangkan, melegakan: as our thoughts were becoming muddled, he suggested that we take a break to ~ our heads, disebabkan fikiran kami mula bercelaru, dia mencadangkan supaya kami berehat sebentar utk melapangkan fikiran; 5. remove blemish from, membersihkan: the vitamin will help ~ your skin of pimples, vitamin itu dapat membantu membersihkan kulit mukamu drpd jerawat; 6. finish dealing with, (work) menghabiskan, menyelesaikan, membuat; (problem) menyelesaikan: can you ~ all this work before you go?, bolehkah kamu menghabiskan kesemua kerja ini sebelum kamu pergi?; 7. make as net gain or profit, mendapat .... bersih: they ~ed $10,000 on the deal, mereka mendapat $10,000 bersih dlm urus niaga itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clear3. remove, a. (st that causes blockage, obstruction) membersihkan: he ~ed the blockage in the drain, dia membersihkan longkang yg tersumbat itu; they ~ed the snow from the road, mereka membersihkan jalan itu drpd salji; b. (people from a place) menyuruh [sso] beredar (dr tempat itu); (from building) menyuruh [sso] keluar (dr bangunan itu): the police ~ed everyone from the building due to a bomb threat, polis menyuruh orang ramai keluar dr bangunan itu krn ada ancaman bom; 4. make free, a. (of obstruction) membersihkan: use a suction pump to ~ the blocked pipe, gunakanlah pam sedut utk membersihkan paip yg tersumbat; a treatment recommended by doctors for ~ing sinuses, rawatan yg disyorkan oleh para doktor utk membersihkan saluran sinus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clearthe land was ~ed for replanting, kawasan itu dipugar utk ditanami semula; 2. remove (unwanted things) from a place, a. (by putting away or aside) mengemaskan: he quickly ~ed the papers from his desk, dia cepat-cepat mengemaskan kertas-kertas dr mejanya; b. (by pulling out or getting rid of) membuang: she spent almost three hours trying to ~ the weeds from her garden, dia menghabiskan hampir tiga jam mencuba membuang rumpai dr lamannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clearvt 1. cause (surface) to be free from unwanted things, a. (by cleaning up the surface) membersihkan: snow ploughs are used to ~ roads and railway lines, jentolak salji digunakan utk membersihkan jalan raya dan landasan kereta api; b. (by putting unwanted things away or aside) mengemaskan: she ~ed the table after dinner, dia mengemaskan meja selepas makan malam; c. (by cutting down trees etc) menerangkan, membersihkan, memugar:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clearvi 1. become transparent, not turbid, menjadi jernih: the muddy water ~ed after the rain, air yg keruh itu menjadi jernih selepas hujan; 2. become unclouded, less severe, menjadi cerah; (of fog, mist, etc) menjadi tipis; (of storm) mereda: the sky ~ed, langit menjadi cerah; 3. (of face, countenance, etc) cerah, jernih: his face ~ed when he heard the good news, air mukanya cerah apabila mendengar berita baik itu; 4. disappear, hilang: this rash will ~ in a few days, ruam ini akan hilang dlm beberapa hari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clearn; be in the ~, (colloq), a. be free from danger, selamat; b. free from suspicion, blame, terlepas drpd tuduhan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clearadv free from contact, [various translations]: stand ~ of the gangway!, berdiri jauh dr titian kapal!; the train was just ~ of the station when the accident happened, kereta api baru saja berlepas dr stesen apabila kemalangan itu berlaku; we are ~ of the reef now, kita sudah lepas dr terumbu sekarang; he dragged her ~ of the burning building, dia menyeret gadis itu jauh dr bangunan yg sedang terbakar; it was hanging three feet ~ of the ground, benda itu tergantung tiga kaki dr tanah; /keep, stay/ ~ of, menjauhkan diri drpd: you should keep ~ of the bottle, kamu patut menjauhkan diri drpd minuman keras;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clearshe made it ~ that she didnt wish to be disturbed, dia memperlihatkan dgn jelas bahawa dia tdk mahu diganggu; I thought I made it ~ that he is to stay away from my daughter, saya ingat saya telah mengatakan dgn jelas bahawa dia mesti menjauhi anak gadis saya; make os ~, menjelaskan maksud sso: it is important that you make yourself ~, adalah penting kamu menjelaskan maksudmu; make st ~, menjelaskan sst: perhaps you should first make ~ what your intentions are, mungkin elok kalau kamu terlebih dahulu menjelaskan apa niat kamu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cleardo I make myself ~, jelas maksud saya; (in infml situation) faham; get st ~, betul-betul faham (sst); (imper) faham betul-betul: Ive got it quite ~ I think, saya rasa saya betul-betul faham; now lets get this ~, eloklah betul-betul faham perkara ini; is that ~, sudah jelas (maksud saya); (in infml situation) faham: all hoops and balls must be returned to the cupboard is that ~?, semua gelang rotan dan bola mesti disimpan semula di dlm almari faham?; make it ~, approp v + dgn jelas:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clear16. free from guilt, tdk berasa bersalah: I havent done anything wrong so my conscience is ~, saya tdk melakukan sebarang kesalahan jadi saya tdk berasa bersalah; 17. free from appointment or planned activity, tdk ada apa-apa hal: my diary is ~ for the next four days, mengikut buku harian saya, saya tdk ada apa-apa hal utk empat hari yg akan datang; 18. whole, complete, betul-betul: we have two ~ days next week to complete the task, kita mempunyai betul-betul dua hari pd minggu hadapan utk menyelesaikan kerja itu; 19. at least, sekurang-kurangnya: he is a ~ six inches taller than his sister, dia sekurang-kurangnya enam inci lebih tinggi drpd kakaknya; 20. net, bersih: he makes $10,000 a month ~, dia mendapat $10,000 bersih sebulan; it was ~ profit, itu untung bersih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan


clear 10. (of air) clean, bersih; 11. (of eyes) jernih: ~ blue eyes, mata biru yg jernih; 12. unobstructed, tdk berhalangan; (of view), (dgn) jelas: there is a ~ road ahead now, jalan di hadapan tdk berhalangan; as we are on the sixteenth floor, we have a ~ view of the harbour, krn kami berada di tingkat enam belas, kami dapat melihat pelabuhan dgn jelas; be ~ of, tdk dihalang: the sea is ~ of ice at this time of year, pd waktu ini laut tdk dihalang ais; 13. free from cloud, rain, etc, cerah: on a ~ day you can see Genting Highlands, pd hari yg cerah kita dapat melihat Genting Highlands; ~ skies, langit cerah; 14. (of eyesight) terang; 15. without blemish, bersih: a young girl of ~ complexion, gadis sunti yg bersih kulitnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clear8. not muddled, perceptive, jelas: ~ thinking, fikiran yg jelas; for so. her age, she has a remarkably ~ mind, bagi sso yg berumur sepertinya, fikirannya sangat jelas; my memory is quite ~ on the point, ingatan saya jelas ttg perkara itu; 9. transparent, not turbid, jernih: ~ glass, kaca jernih; the solution becomes ~ when heated, larutan itu menjadi jernih apabila dipanaskan; ~ plastic bottles, botol-botol plastik jernih; the ~ water of the lake, air tasik yg jernih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clear6. evident, jelas, nyata: it is quite ~ to me that they have no desire to sell the property, jelas bagi saya bahawa mereka tdk berhajat utk menjual harta itu; it was not ~ whether the money was to be used for the benefit of the poor, tdk jelas sama ada wang itu akan digunakan bagi manfaat orang-orang miskin; 7. not confused, jelas: there are one or two things I am not ~ about, ada satu dua perkara yg tdk jelas bagi saya; she seems quite ~ about what she wants to do, nampaknya dia agak jelas ttg apa yg ingin dilakukannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clearthe photograph was very ~, gambar itu cukup terang; 4. unmistakable, jelas, nyata, terang-terang: he scored a ~ win on points, jelas dia menang dgn kiraan mata; it is a ~ case of bribery, terang-terang itu kes rasuah; 5. definite, jelas, nyata: this is a ~ indication that both parties are willing to compromise, ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua pihak sanggup berkompromi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clearadj 1. unambiguous, easy to understand, (dgn) jelas: he made his meaning quite ~, dia menyatakan maksudnya dgn agak jelas; this sentence is not at all ~, ayat ini tdk jelas sama sekali; to give ~ instructions, memberi arahan yg jelas; 2. easy to hear, read, see, jelas: a ~ speaking voice, bercakap dgn suara yg jelas; the ~ sound of bells, bunyi loceng yg jelas kedengaran; his handwriting is neat and ~, tulisannya kemas dan jelas; 3. well-defined, terang, jelas:Kamus Inggeris-Melayu Dewan








English

Indonesian

Clear (v)
present: clears
past: cleared
past participle: cleared
present participle: clearing

  • jelas
  • terang
Clear (adj)
comparative: clearer
superlative: clearest

  • jelas
  • terang
  • gamblang
Clear (adv)

  • menghilangkan
  • membersihkan

Advertisements









Definitions & Examples

clear
- the state of being free of suspicion
"investigation showed that he was in the clear"
open, clear
- a clear or unobstructed space or expanse of land or water
"finally broke out of the forest into the open"
clear
- readily apparent to the mind
"a clear and present danger"; "a clear explanation"; "a clear case of murder"; "a clear indication that she was angry"; "gave us a clear idea of human nature"
clear
- free from confusion or doubt
"a complex problem requiring a clear head"; "not clear about what is expected of us"
clear, open
- affording free passage or view
"a clear view"; "a clear path to victory"; "open waters"; "the open countryside"
clear
- allowing light to pass through
"clear water"; "clear plastic bags"; "clear glass"; "the air is clear and clean"
clear(p)
- free from contact or proximity or connection
"we were clear of the danger"; "the ship was clear of the reef"
clear
- characterized by freedom from troubling thoughts (especially guilt)
"a clear conscience"; "regarded her questioner with clear untroubled eyes"
clean, clear, light, unclouded
- (of sound or color) free from anything that dulls or dims
"efforts to obtain a clean bass in orchestral recordings"; "clear laughter like a waterfall"; "clear reds and blues"; "a light lilting voice like a silver bell"
clear, unmortgaged
- (especially of a title) free from any encumbrance or limitation that presents a question of fact or law
"I have clear title to this property"
clear, clean-cut, clear-cut
- clear and distinct to the senses; easily perceptible
"as clear as a whistle"; "clear footprints in the snow"; "the letter brought back a clear image of his grandfather"; "a spire clean-cut against the sky"; "a clear-cut pattern"
well-defined, clear
- accurately stated or described
"a set of well-defined values"
clear
- free from clouds or mist or haze
"on a clear day"
clean, clear
- free of restrictions or qualifications
"a clean bill of health"; "a clear winner"
clear
- free from flaw or blemish or impurity
"a clear perfect diamond"; "the clear complexion of a healthy young woman"
clear
- clear of charges or deductions
"a clear profit"
clear, decipherable, readable
- easily deciphered
absolved, clear, cleared, exculpated, exonerated, vindicated
- freed from any question of guilt
"is absolved from all blame"; "was now clear of the charge of cowardice"; "his official honor is vindicated"
clear, percipient
- characterized by ease and quickness in perceiving
"clear mind"; "a percipient author"
unclutter, clear
- rid of obstructions
"Clear your desk"
clear
- make a way or path by removing objects
"Clear a path through the dense forest"
clear up, clear, light up, brighten
- become clear
"The sky cleared after the storm"
authorize, authorise, pass, clear
- grant authorization or clearance for
"Clear the manuscript for publication"; "The rock star never authorized this slanderous biography"
clear
- remove
"clear the leaves from the lawn"; "Clear snow from the road"
pass, clear
- go unchallenged; be approved
"The bill cleared the House"
clear
- be debited and credited to the proper bank accounts
"The check will clear within 2 business days"
clear
- go away or disappear
"The fog cleared in the afternoon"
clear, top
- pass by, over, or under without making contact
"the balloon cleared the tree tops"
clear, clear up, shed light on, crystallize, crystallise, crystalize, crystalise, straighten out, sort out, enlighten, illuminate, elucidate
- make free from confusion or ambiguity; make clear
"Could you clarify these remarks?"; "Clear up the question of who is at fault"
clear
- free from payment of customs duties, as of a shipment
"Clear the ship and let it dock"
clear
- clear from impurities, blemishes, pollution, etc.
"clear the water before it can be drunk"
net, clear
- yield as a net profit
"This sale netted me $1 million"
net, sack, sack up, clear
- make as a net profit
"The company cleared $1 million"
gain, take in, clear, make, earn, realize, realise, pull in, bring in
- earn on some commercial or business transaction; earn as salary or wages
"How much do you make a month in your new job?"; "She earns a lot in her new job"; "this merger brought in lots of money"; "He clears $5,000 each month"
clear
- sell
"We cleared a lot of the old model cars"
clear
- pass an inspection or receive authorization
"clear customs"
acquit, assoil, clear, discharge, exonerate, exculpate
- pronounce not guilty of criminal charges
"The suspect was cleared of the murder charges"
clear, solve
- settle, as of a debt
"clear a debt"; "solve an old debt"
clear
- make clear, bright, light, or translucent
"The water had to be cleared through filtering"
clear
- rid of instructions or data
"clear a memory buffer"
clear
- remove (people) from a building
"clear the patrons from the theater after the bomb threat"
clear
- remove the occupants of
"Clear the building"
clear, clear up
- free (the throat) by making a rasping sound
"Clear the throat"
clear, all the way
- completely
"read the book clear to the end"; "slept clear through the night"; "there were open fields clear to the horizon"
clearly, clear
- in an easily perceptible manner
"could be seen clearly under the microscope"; "She cried loud and clear"


Images


                            

Advertisements









Indonesian Definition

je·las a 1 terang; nyata; gamblang; mintalah yg -- tt hal itu; 2 tegas; tidak ragu-ragu atau bimbang (tt sikap): ia tidak mempunyai pendirian yg -- dl persoalan itu; men·je·las·kan v menerangkan; menguraikan secara terang: ia sedang ~ maksud kedatangannya;
mem·per·je·las v membuat lebih jelas;
ter·je·las·kan v dapat dijelaskan;
pen·je·las n sesuatu yg menjelaskan (sehingga bertambah terang atau nyata): umumnya kata kedua dl kata majemuk berfungsi sbg ~ makna; pen·je·las·an n proses, cara, perbuatan menjelaskan: ~ Presiden dapat diterima DPR; ~ nomotetik Pol penjelasan berdasarkan proporsi umum yg dapat diterapkan;
ke·je·las·an n keadaan jelas; kejernihan; kegamblangan: untuk menyusun perencanaan suatu proyek, diperlukan adanya suatu ~ tujuan lebih dulu



More information







clear
adjective
lucid , obvious , pure , or innocent

clear
verb
to get rid of what is unwanted or unwelcome
to make or become clear
to pass away