Selasa , 26 April 2011
Agama
Ulama, cendekiawan Islam kuat membaca, cinta ilmu pengetahuan
Oleh Mohd Shukri Hanapi
2011/04/26
AHLI falsafah Inggeris, Lord Bacon, berkata membaca menjadikan seseorang itu berisi. Membaca ialah aktiviti yang boleh membangunkan intelektual, memben-tuk pemikiran kreatif dan dinamis serta melahirkan masyarakat progresif dan berdaya saing. Dalam keinginan kita menjadi negara maju menjelang 2020, pemikiran bernas dan matang diperoleh hasil pembacaan penting ke arah pembangunan yang pesat. Masyarakat maju dapat menguasai pelbagai bidang ilmu terdiri daripada masyarakat yang suka membaca.
Selain itu, ada juga ulama menganggap membaca seumpama sedang bercakap-cakap dengan sekumpulan ulama dan orang pintar. Ulama Islam, al-Jahiz, yang mempunyai komitmen tinggi terhadap ilmu dan pembacaan, mati akibat tertindih oleh buku yang disimpan di sekelilingnya.
Berdasarkan kisah ulama zaman silam ini, mereka menjadikan buku teman. Jelaslah ulama dan cendekiawan Islam menunjukkan komitmen tinggi terhadap amalan membaca dan kecintaan pada ilmu pengetahuan.
Masyarakat membaca dan berlumba-lumba menguasai ilmu adalah masyarakat yang dapat menyesuaikan dirinya dengan tujuan asal ia diciptakan Allah.
Sebenarnya, minat dan tabiat membaca boleh dipupuk dalam masyarakat. Namun, untuk mewujudkan sebuah negara mempunyai rakyat yang menjadikan membaca sebagai amalan dalam hidup mereka bukanlah suatu perkara mudah.
Ia membabitkan kesedaran mendalam rakyat sendiri. Walau apa pun cara dilaksanakan, kerajaan mahu menyedarkan rakyat kepentingan membaca tetapi jika rakyat tidak mengendahkannya, segala usaha kerajaan bagaikan mencurah air ke daun keladi.
Antara cara paling baik untuk memupuk budaya membaca ialah melalui usaha melatih dan membimbing kanak-kanak minat membaca. Golongan inilah yang bakal menerajui pemerintahan dan pentadbiran negara pada masa akan datang.
Melalui amalan suka membaca yang dimulakan sejak kanak-kanak lagi, tentulah banyak ilmu pengetahuan bakal diperoleh. Sehubungan itu, ibu bapa, guru, ulama, penulis, pustakawan dan media massa seharusnya memberi komitmen dan menggembleng tenaga dalam usaha ini.
Hanya komitmen yang bersungguh-sungguh dan padu dapat menyemarakkan budaya budaya membaca dalam masyarakat.
Ayat pertama surah al-Alaq diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad SAW dimulai dengan perintah ‘membaca’. Dengan melaksanakan perintah ini membolehkan umat manusia mencapai kedudukan kemanusiaannya pada tahap yang sempurna.
Setiap Muslim seharusnya menyahut dan melaksanakan perintah ini. Umat Islam tidak mungkin dapat mencapai kemajuan di dunia dan akhirat, jika mengabaikannya. Kita juga seharusnya melihat kembali zaman kegemilangan tamadun Islam yang diwarnai sikap cintakan ilmu pengetahuan.
IKLAN TEKS
- KERJA SAMBILAN/SEPENUH MASA DIRUMAH
- WOW! Insurans Percuma, JUTAWAN SENYAP
- >>> Seluar Dalam Ajaib!!! Produk Panas <<<
- ANDA MAHU BERJAYA DALAM FOREX?
- **SENARAI UBAT MENGANDUNGI SUMBER BABI
- HANTAR EMEL DAPAT WANG HARIAN
- SISTEM DUIT SENYAP DIRUMAH TERBONGKAR!
- HAPUSKAN HUTANG DENGAN TEKNIK RAHSIA!
- >>>PROMOSI<<< 250 PRODUK SUAMI ISTERI
- FOOTPATCH TERMURAH DIPASARAN!!! POS PERCUMA!!!
- ~::FootDetoxPatch Termurah dipasaran. Penghantaran Percuma::~
- "JURUTEKNIK MELAMPAU" Tiap minggu BONUS
- PENGSAN << DUIT MELEDAK DIMAYBANK2U CIMBCLICKS >>
- WOW! Insurans Percuma,JUTAWAN SENYAP!
- SISTEM DUIT SENYAP DIRUMAH TERBONGKAR!
- Teknik Rahsia Jana Pendapatan Mingguan
- JUTAWAN MINYAK UNTUK SEMUA
- $$$ RAHSIA PEMBONGKARAN JUTAWAN INTERNET
- ANALISA ANDA DI BAYAR !
- **PERHATIAN!- Ingin HAFAZQURAN walaupun SIBUK??**
- ++ INDIKATOR & ROBOT FOREX PALING MENGUNTUNGKAN!!++
- Hanya Klik Duit Masuk Akaun
- KERJA SAMBILAN PENDAPATAN TAMBAHAN DIRUMAH
- Tempahan Candat Sotong 2011 Terengganu
- DUDUK RUMAH PUN DAPAT DUIT?
- $$$...KAD KREDIT - KURANGKAN BAYARAN BULANAN...$$$
- FOREX : SISTEM TRENDPOWER TERBUKTI BERKESAN
- >>>...DIABETES KRONIK TESTIMONI...<<<...Tak PERCAYA...
- $$>>BISNES ONLINE<<::>>SUMBER REZEKI LUMAYAN<<$$
- FOOTPATCH TERMURAH DIPASARAN!!! POS PERCUMA!!!
- JURUIKLAN / JURUTAIP SAMBILAN
- BIODISC RAWATAN ALTERNATIF TANPA UBAT
- KELAS FOREX UNTUK BERJAYA
- PENGSAN << DUIT MELEDAK DIMAYBANK2U CIMBCLICKS >>
- JERSLIN POWER. MINYAK 1001 KEGUNAAN
- >> Jutawanklik << klik disini 100% lumayan!
- >>>> Jana Pendapatan Lumayan Dari Rumah<<<<
- .:: Terbukti Network Marketing No.1 Dunia ::.
- Menangi Hadiah Percuma di BUMIEKSPO
Peta Laman