Tuesday, April 19, 2011

0067 سورة الملك آية 0019

Tafsir Surah Al Mulk Ayat 19 :

أَوَلَمْ يَرَوْا۟ إِلَى ٱلطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَـٰٓفَّـٰتٍ وَيَقْبِضْنَ ۚ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا ٱلرَّحْمَـٰنُ ۚ إِنَّهُۥ بِكُلِّ شَىْءٍۭ بَصِيرٌ.

Terjemahan Ayat Satu Persatu :


Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung
أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ
yang terbang di atas mereka
فَوْقَهُمْ
(siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang
صَافَّاتٍ
dan menutupkan sayapnya?
وَيَقْبِضْنَ
tidak ada yang menahannya (di udara daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah
مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلاَّ الرَّحْمَنُ
Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ


Tafsir Ayat :
أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ

Dalam ayat ini Allah Taala memberitahu “kenapakah mereka tidak memerhatikan kepada burung”.

Tentu ada sebab Allah Taala menyuruh perhati kepada burung.

فَوْقَهُمْ

صَافَّاتٍ
Ketika burung itu mengembangkan sayapnya.

Perkataan ini adalah jamak muannath salim. Ia adalah isim.
وَيَقْبِضْنَ
Ketika menutup sayapnya.

Perkataan ini adalah fi’il mudhari’.

Soalan.

Kenapakah Allah campurkan isim dan fi’il dalam satu perkara yang menunjukkan kepada kelakuan burung ketika terbang?

Ketika Allah hendaklah mengatakan burung itu mengembangkan sayapnya maka Allah Taala gunakan perkataan isim (صافات) manakalah ketika Allah hendak memberitahu burung itu menutupkan sayapnya (يقبضن) maka Allah Taala gunakan perkataan fi’il.

Kenapa?

Jawapan.

Allah Taala mengunakan perkataan isim untuk memberitahu burung itu mengembangkan sayapnya kerana ada burung yang gaya terbangnya tidak perlu kepada mengibas-ngibas sayapnya bahkan burung itu hanya perlu mengembangkan sayapnya sahaja untuk terbang.

Manakala kerana fi’il adalah suatu perkara yang kebiasaannya dilakukan berkali-kali maka Allah Taala memberitahu ada burung yang sentiasa mengibas-ngibaskan sayapnya dengan mengembangkan sayapnya dan menutupnya untuk kekal terbang di udara.

Bagaimana Nabi Muhammad boleh membacakan ayat Al Quran ini sedangkan Nabi Muhammad tidak pernah mengembara keluar daripada Tanah Arab dan melihat kepelbagaian cara terbang burung.

Dengan “kekurangan” ilmu Nabi Muhammad ini tetapi masih dapat menyebut beberapa ketinggian ilmu sains maka dapatlah kita fahami yang memiliki kalam Al Quran ini ialah Allah yang benar-benar hebat ilmu NYA.
مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلاَّ الرَّحْمَنُ
Kerana itu Allah Taala memberitahu “tidak ada yang menahan burung di udara daripada jatuh melainkan Allah Yang Maha Pemurah.

Yang menahan burung di udara daripada terjatuh ke bumi ialah Allah.

Yang menyebabkan burung dapat terbang dengan baik di udara ialah Allah.

Maka sebagaimana manusia dapat berjalan di bumi tidak terjatuh walaupun permukaan bumi berada di bawah maka begitulah juga burung tidak akan terjatuh walaupun tidak ada angin.
إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ
Allah tahu bagaimana hendak mencitptakan yang pelik dan bagaimana hendak mengurus yang ajaib-ajaib.