Thursday, April 28, 2011

0056 سورة الواقعة آية 0035

إِنّا أَنشَأنـٰهُنَّ إِنشاءً ﴿٣٥﴾
Terjemahan Ar Rahman : Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

0002 سورة البقرة


Batas-batas bergurau



Ketawa yang berlebihan boleh menyebabkan keras hati serta melalaikan daripada mengingati Allah SWT. - Gambar hiasan


AGAMA Islam menggalakkan umatnya mengeratkan silaturahim sesama manusia agar kehidupan ini penuh dengan kasih sayang, perpaduan dan harmoni.

Kita juga digalakkan untuk menyenangkan hati sesama saudara kita. Salah satu cara untuk menyenangkan hati itu ialah dengan bergurau senda.

Adapun gurau senda itu suatu yang diharuskan dalam Islam kerana naluri dan fitrah manusia memerlukan hiburan untuk memperoleh ketenangan dan kesejahteraan. Bahkan boleh membebaskan diri daripada keresahan dan ketegangan.

Nabi Muhammad menjalankan kehidupan bersama para sahabat dan ahli kerabat baginda seperti manusia biasa. 
Baginda berkongsi kesedihan, kesusahan dan musibah dan baginda juga pernah bergurau senda.

Antara senda gurauan Rasulullah ialah sebagaimana yang diceritakan oleh Al-Hasan: "Seorang perempuan tua telah datang kepada Nabi Muhammad, lalu berkata 'wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga."
Maka Rasulullah bersabda: "Wahai ibu polan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga."
Lalu menangislah si perempuan tua itu. Dengan segera Rasulullah bersabda: "Khabarkan kepada perempuan itu bahawa sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua."
Lalu dibacakan firman Allah 
إِنّا أَنشَأنـٰهُنَّ إِنشاءً ﴿٣٥﴾ فَجَعَلنـٰهُنَّ أَبكارًا ﴿٣٦﴾عُرُبًا أَترابًا ﴿٣٧﴾
yang tafsirnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka sentiasa dara, yang tetap menjadi jodohnya serta yang sebaya umurnya. (Al Waqiah 35-37).

Dalam senda gurauan Rasulullah yang lain lagi ialah sebagaimana dalam sebuah hadis yang maksudnya: "Daripada Anas bin Malik, bahawa seorang lelaki meminta kenderaan Rasulullah lalu baginda bersabda: Sesungguhnya aku akan membawamu di atas anak unta betina. Lalu orang itu berkata: Apa yang dapat saya buat di atas anak unta betina? Baginda menjawab: Bukankah yang melahirkan Al-Ibbal (unta jantan tua) itu hanya unta betina iaitu ibunya dan unta jantan tua itu ialah anaknya". (riwayat Al-Imam At-Termidzi)

Daripada kisah-kisah tersebut dapat kita lihat bagaimana Rasulullah bergurau tetapi dalam perkara yang benar, bukan perkara yang dusta.

Bahkan ia adalah disunatkan untuk menyenangkan hati orang lain. Walau bagaimanapun Islam melarang kita daripada bergurau terhadap perkara yang sia-sia kerana gurauan itu membuat orang ketawa berlebihan dan boleh menyebabkan keras hati serta melalaikan daripada mengingati Allah.

Nabi Muhammad berpesan dalam sebuah hadis maksudnya: "Daripada Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati". (riwayat Al-Imam At-Termidzi)
Berkata Imam Al-Nawawi: "Gurauan yang ditegah itu ialah gurauan yang melampaui batas dan sering dilakukan sehingga melalaikan daripada mengingati Allah."

Sesungguhnya jika gurauan kita itu bermaksud untuk menyenangkan hati orang lain terutama mereka yang dalam kesusahan, maka Allah SWT akan memberi ganjaran kepada mereka.

Bagaimanapun, jika gurauan itu boleh membawa kemudaratan, kesusahan atau mengakibatkan perkara buruk kepada orang lain, kita akan mendapat dosa.

Oleh yang demikian, berwaspadalah dengan senda gurauan yang melampaui batas atau berlebihan. Janganlah dalam gurauan itu ada unsur-unsur menghina, mencerca, mengolok-olokkan dan menyakiti orang lain kerana ia boleh mencetuskan permusuhan dan kemarahan sehingga menyebabkan terputus silaturrahim.

Jangan juga dijadikan senda gurauan itu suatu kebiasaan atau amalan kerana kesan yang tidak baik daripada gurauan itu mungkin akan terjadi.

Firman Allah SWT 
يـٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا لا يَسخَر قَومٌ مِن قَومٍ عَسىٰ أَن يَكونوا خَيرًا مِنهُم وَلا نِساءٌ مِن نِساءٍ عَسىٰ أَن يَكُنَّ خَيرًا مِنهُنَّ ۖ وَلا تَلمِزوا أَنفُسَكُم وَلا تَنابَزوا بِالأَلقـٰبِ ۖ بِئسَ الِاسمُ الفُسوقُ بَعدَ الإيمـٰنِ ۚ وَمَن لَم يَتُب فَأُولـٰئِكَ هُمُ الظّـٰلِمونَ ﴿١١﴾
yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah pula sesuatu puak daripada daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang-orang yang zalim. (al-Hujurat: 11)

Tuesday, April 26, 2011

Guru hilang di Bukit Larut ditemui mati


TERKINI

Guru hilang di Bukit Larut ditemui mati

26/04/2011 6:36pm

TAIPING 26 April — Seorang guru Sekolah Menengah King Edward Taiping yang dilapor hilang selepas keluar berjoging seorang diri di kawasan Bukit Larut, di sini dua hari lepas ditemui mati hari ini.
Mayat Abdullah Zubir Ismail, 29, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam gaung sedalam 10 meter di kawasan bukit itu dengan kesan kecederaan di kepala oleh pasukan penyelamat pada pukul 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohd. Yusof Diah berkata, mayat guru itu dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Jitra, Kedah.
Siasatan awal mendapati guru berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung. Polis tidak mengesyaki perbuatan jenayah, katanya di sini hari ini.
Polis menerima laporan mengenai kehilangan guru itu daripada rakannya petang Ahad lepas. Dia dilapor hilang selepas keluar berjoging di Bukit Larut pada pukul 10 pagi dan tidak pulang sehingga pukul 7 petang. — Bernama
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Keputusan bola sepak Liga Super
• Dipenjara sehari, denda RM15,000 kerana beri rasuah
• Cermin tingkap sekolah pecah akibat tembakan
• Pemilik kereta jatuh dalam KB Mall dihukum setahun penjara
• Peraturan had jual nasi lemak di kantin sekolah belum muktamad - TPM
• 797 berjaya diselamatkan daripada didagangkan setakat 31 Mac - KDN
• RM500j pinjaman latihan kemahiran belum dibayar
• Tenaga kerja tempatan bantu atasi kemasukan pekerja asing
• Polis berkas 3 ahli Geng Chellu, buru seorang yang lain
• PKR: strategi muka baru BN Sarawak berkesan
• Malaysia saudara, jiran yang akrab - Wen Jiabao
• Pidato bukan Melayu serlah semangat 1Malaysia
• Lupus torium: Tiada masalah kesihatan dilaporkan di Bukit Merah
• Guru hilang di Bukit Larut ditemui mati
• Muat turun Undang-undang Persekutuan di e-Warta
• China tidak akan laksana hegemoni - Wen Jiabao
• 800 doktor terima biasiswa lanjut pengajian kepakaran
• Seorang mati, empat parah kereta masuk gaung
• 100,000 rakyat Thailand memasuki negara ini sebulan
• Nelayan Sabah dapat RM16j elaun sara hidup pada 2010 - LKIM
• Kerugian RM9 bilion setahun akibat kemalangan jalan raya
• Rumah mampu milik akan dibina di kawasan strategik
• Video seks: Polis akan dedah ‘si pelaku’ sekiranya perlu
• 84 peratus rakyat fahami konsep Gagasan 1Malaysia
• Peluang tingkat eksport ke Jepun
• Rais akan beri keterangan kes saman terhadap penulis blog
• Kaunter JPN ditutup Sabtu ini
• Tiga Geran Komunal Anak Negeri dikeluarkan di Sabah
• Penduduk bantah Ladang Rakyat di Kuala Krai
• Cuai sebabkan kematian, pemuda dipenjara setahun
• Jamal, Faizal Tahir bakal meriahkan sambutan MPAG
• Peluang Manchester City ke Liga Juara-juara cerah
• Kementerian Pertahanan teliti skim gaji baru tentera
• Penduduk keturunan Asia di AS meningkat 43 peratus
• UUM perlu kaji kaedah sebelum bekal air bersih
• Liwat: Keputusan panggil Anwar bela diri 16 Mei
• Perancang 11/9 ancam letup nuklear di Eropah
• Bot terbalik di Congo, 30 dikhuatiri lemas
• Tentera Syria bedil selatan Daraa, 25 terbunuh
• Dua penunjuk perasaan ditembak mati di Yemen
• AS pertimbang hukum pegawai Syria
IKLAN@UTUSAN
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook