Saturday, April 02, 2011

Wartawan Kosmo! antara pemenang 'Cabaran Sapu Bersih' Tesco

Wartawan Kosmo! antara pemenang 'Cabaran Sapu Bersih' Tesco


ISMAIL (kiri) menyampaikan hadiah kepada Johanna (kanan) sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Tjeerd Jegen (tengah) pada pelancaran Kempen Penurunan Harga Tesco di Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.



TUAH BADAN. Wartawan Meja Ekonomi Kosmo!, Johanna Azrey Sobrey muncul naib juara 'Cabaran Sapu Bersih' sempena Kempen Turun Harga Barang anjuran Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. (Tesco) di Tesco Mutiara Damansara dekat Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bergandingan dengan kakitangan Tesco, Holisah Dahlan, Johanna berjaya menyempurnakan cabaran mencari 50 barangan yang telah diturunkan harga barang di Tesco, sekali gus membawa pulang baucar wang tunai Tesco sebanyak RM2,000.
Juara yang menawarkan hadiah baucar wang tunai RM3,000 pula dimenangi oleh wartawan Bernama TV, Liana Salbiah Elias yang bergandingan dengan kakitangan Tesco, S. Guna, manakala pemegang kad Tesco, Evonne Cheah yang bergandingan dengan J. Meena pula sekadar berpuas hati di tempat ketiga dan membawa pulang baucar RM1,000.
Hadiah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.