Saturday, April 02, 2011

Apakah hukum bertawassul kepada kemuliaan Nabi Muhammad dan pangkat baginda?

kita sebagai pengikut Nabi Muhammad tidak akan melakukan sesuatu perkara melainkan sahabat-sahabat nabi telah melakukannya

apabila sahabat-sahabat Nabi Muhammad telah melakukannya maka pada masa itu barulah kita melakukannya.

tetapi kalau sahabat nabi tidak melakukannya maka janganlah sekali-kali kita berani melakukannya dengan apa hujah sekalipun kerana kalau dibenarkan ianya akan membuka pintu rekaan dan ciptaan yang tidak berkesudahan.

dalam perkara tawassul kepada pangkat dan kemuliaan Nabi Muhammad maka sahabat-sahabat Nabi dan ulama mazhab empat tidak pernah bertawassul denganya atau kalau pernah pun hanya boleh dibilang dengan jari.

bagi mereka yang teringin sangat hendak bertawassul maka tawassul yang boleh dikatakan telah sepakat ulama berkenaan dengannya iaitu bertawassul dengan amal soleh kita sendiri.

haaa..

di sini timbul sedikit masalah kerana bagi mereka yang tidak mahu melakukan amal soleh atau bersetuju dengan mereka yang tidak mahu melakukan amal soleh akan tercari-cari amal soleh manakah yang mereka perlu tawassulkan.

tetapi kalau bertawassul dengan Nabi Muhammad maka semua suka dan setuju kerana tak payah susah-susah untuk melakukan amal soleh.

tetapi apabila disebut bertawassullah kamu dengan amal soleh kamu maka akan ada orang yang mengundurkan diri dan bersembunyi di belakang-belakang kerana mereka tidak ada amal soleh untuk ditawassulkan.