Baju seragam khas buat JKKKP
HASBUL (empat dari kiri) bergambar bersama penerima baju seragam JKKKP di Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.
HARGAI. Pusat Khidmat Parlimen Tasek Gelugor menyediakan baju seragam khas kepada ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
Majlis menyerahkan baju itu kepada ahli JKKKP dari Kampung Lahar Yooi dan Lubuk Meriam dilakukan oleh Pegawai Pusat Khidmat Parlimen Tasek Gelugor, Hasbul Hazani Daud baru-baru ini.
Menurutnya, setiap kali berlangsung mesyuarat di kampung itu, semua ahlinya akan memakai baju seragam berkenaan.
Pengerusi JKKKP Lahar Yooi, Abdul Munir Abdullah berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pihak berkenaan kerana sanggup menyediakan kemudahan seumpama itu.