Tuesday, October 05, 2010

Ya Allah Ya Tuhanku, kalaulah Zamihan Al Ghari betul dengan maksud Al Quran dan Al Hadith maka istiqamahkanlah dia, tetapi kalau Zamihan Al Ghari salah dengan maksud Al Quran dan Al Hadith maka Engkau Ya Allah lebih mengetahui balasan apakah yang sepatutnya Zamihan Al Ghari terima, amin

Saya berdoa dengan doa ini kerana saya telah melihat berbagai kitab tafsir dan hadith dan terbuka dengan khilaf ulama, dan sesama ulama tidak menuding jari sesuka hati ke atas ulama yang lain tetapi Zamihan Al Ghari ini masya Allah, Allahu Akbar, Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui.

Maka saya serahkan pengadilan pihak manakah yang betul kepada Allah Yang Maha Perkasa kerana Dia lah sahaja yang menjaga hamba-hambaNya.

Ya Allah, hamba Mu merendahkan diri kepada Mu Ya Allah.

Hamba Mu memohon dengan merayu kepada Mu Ya Allah.

Selamatkanlah kami Ya Allah.

Kalau kami memahami Al Quran dan Al Hadith dengan fahaman yang betul ya Allah maka perteguhkanlah kefahaman kami itu Ya Allah.

Tetapi kalau kefahaman kami terhadap Al Quran dan Al Hadith silap Ya Allah maka perbetulkan kefahaman kami ini Ya Allah.

Kalau Zamihan Al Ghari betul pendapatnya dan kefahamannya dengan maksud sebenar Al Quran dan Al Hadith Ya Allah maka istiqamahkanlah dia di atas jalan Mu Ya Allah.

Tetapi kalau Zamihan Al Ghari ini salah pendapatnya dan kefahamannya serta bercanggah dan bertentangan dengan maksud sebenar Al Quran dan Al Hadith maka adililah dia dengan seadil-adilnya dan percerahkanlah kesilapannya di mata masyakat umum.

Ya Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Perkasa ...

Sekarang timbul masalah wahabi, salafi dan kaitannya dengan pengganas dan keamanan negara.

Ya Allah Yang Mendengar lagi Maha Melihat.

Kalau betul wahabi dan salafi itu ada kaitannya dengan pengganas dan keamanan negara maka tunjukkanlah keganasan wahabi dan salafi itu di dalam mahkamah Ya Allah dan bukannya tangkap sini dan tangkap situ ikut suka hati, kalau macam tu siapa pun boleh tangkap dan tidak ada soalan kenapa dia ditangkap.

Lagikan yang bunuh Sosilawati pun akan di adili dalam mahkamah maka teruk benar kah pemikiran pihak berkuasa hingga yang betul-betul pengganas di adili di mahkamah tetapi yang belum tentu pengganas hanya risikan dari pihak antarabangsa sahaja yang sememangnya anti Islam maka pihak berkuasa dengan membuta tuli tangkap-tangkap macam tangkap cacing dan belalang.

Ingatlah wahai pihak berkuasa kerana setiap nyawa dan diri orang Islam haram dianiaya sama seperti haramnya Mekah dan Tanah Haram.

Ya Allah, kami memohon kepada Mu Ya Allah, kalaulah tidak ada keganasan tetapi hanya digembur-gemburkan sahaja supaya matlamat kebatilan berakar umbi subur dalam masyakarat sehingga terpisah suami dan isteri, anak dari ayahnya, hilang rezeki dan mata pencarian tanpa ada sebab yang benar dan adil maka Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon kepada Mu Ya Allah supaya Engkau adili mulut mereka yang berceramah dan berkata wahabi dan salafi ini pengganas dan ambil lah tindakan ke atas mereka ini dengan kebijaksanan Mu dan keadilan Mu Ya Allah.

amin Ya Rabbal Alamin.